Services‎ > ‎Cosmetic Dermatology‎ > ‎BOTOX‎ > ‎

BOTOX? FAQ(Malay)

Mencipta bentuk wajah yang jelita

Sebahagian besar perempuan-perempuan di serata dunia menganggap rahang kotak mereka tidak bagus dan bersifat maskulin. Bentuk rahang yang berbentuk oval menberi satu efek feminism dan umumnya lebih disukai oleh para perempuan-perempuan. Kebiasaan mengunyah makanan keras seperti sotong kering dan sering mengetuk geraham, akan mendorong otot rahang bekerja lebih keras.

Keadaan ini disebut masseter hypertrophy atau biasanya diberi nama “rahang kotak”, yang pada sebahagian besar orang sangat merasa ragu. Patutnya, perawatan keadaan ini harus aman dan mudah tanpa apa-apa efek sampingan. BOTOX® memenhui semua persyaratan tersebut dan merupakan perawatan yang sangat berjaya untuk mempercantikkan bentuk wajah di bahagian bawah dan membentukkan rahang yang lebih ramping dan mempunyai sifat kewanitaan.


Apakah BOTOX® itu?

BOTOX® adalah protein semulajadi yang telah dimurnikan yang dapat menyimpan atau mengembalikan sifat keremajaan. Ia boleh membuat bentuk wajah yang lebih lembut. Rawatan ini hanya memerlukan masa selama 10 minit. Dan dengan sedikit suntikan – dapat mengurangi ketebalan otot rahang agar tidak tampak terlalu jelas.

Apakah yang dapat diharapkan dalam perawatan ini ?

Perawatan ini cuma memerlukan masa selama 10 minit. Ubat bius tidak diperlukan. Doktor anda mungkin mengguna satu ketul batu ais pada daerah badan yang akan disuntik untuk meringankan perasaan di sana. BOTOX® diberikan ke dalam otot dalam suntikan yang amat kecil. Perasaan kurang nyaman adalah sangat minimal dan sedikit. Sebahagian besar penyakit mengatakan rasanya seperti digigit oleh serangga dan cuma dalam beberapa saat sahaja.

Selepas rawatan, pesakit-pesakit dengan segaranya boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa. 2 – 4 hari selepas rawatan, kesan rawatan BOTOX® akan mulai kelihatan dan kesan muktamad boleh dilihat selepas 7 hari.

Kesan ini akan berakhir selepas 4 bulan, walaupun adanya kes-kes yang melebihi jangka masa ini. Ini bergantung kepada keadaan masing-masing individu. Kerana ini, doktor anda mungkin bercadang untuk mengulangi rawatan ini sebanyak 2-3 kali setahun untuk membawa kesan yang anda ingini. Ujian-ujian yang telah dibuat di serata dunia mengatakan rawatan ulang boleh memperpanjangkan jangka masa kesan perawatan. Ini menyebabkan anda tidak perlu mengulangi rawatan dengan kerapnya.

Hanya sedikit pesakit-pesakit yang mengalami hasil sampingan. Jikalau keadaan ini berlaku, mereka cuma dialami di bahagian badan yang telah disuntik.

Hasil sampingan umumnya hanya sementara. Antara lain, bengkak dan memar ringan mungkin dirasai dalam kes-kes tertentu. Walau bagaimana pun, keadaan seperti ini sangat mudah diselesaikan dengan alat solek.

Apabila mengunyah makanan keras pada minggu pertama setelah rawatan, kesakitan ringan mungkin boleh dirasai. Menelan makanan tidak akan dipengaruhi. Tidak ada laporan mengenai efek sampingan BOTOX® yang berkekalan.

Mengapa BOTOX® unik?

Produk-produk yang mempunyai cap resmi BOTOX® (Botulium toxin type A) berlainan dengan produk lain yang juga mengandung botulium toxin. BOTOX® adalah produk pertama dalam jenisnya yang mendapat keizinan/lesen dari Badan Pengawas Ubat dan Makanan Amerika pada tahun 1989 dan mempunyai jangka masa pengujian klinik berdaftar yang paling lama di dunia.

Dalam penggunaan di dalam bidang kosmetik. BOTOX® merupakan satu-satunya botulinum toxin di dunia yang telah mendapat keizinan untuk digunakan di dalam bidang kosmetik di dalam 20 negara-negara di dunia.

Produk lain yang juga mengandung botulinum toxin, menyebar melebihi kawasan otot yang disuntik dan mempunyai efek sampingan yang sangat besar seperti mulut kering, kesulitan menelan dan perubahan suara selepas disuntik di pesekitaran leher.

BOTOX® mengandungi jumlah protein yang sangat rendah. Dalam penelitian pakar, jumlah protein tinggi akan mendorong kemunculan antibodi. Botulinum toxin daripada syarikat-syarikat lain mengandung 2-3 kali lebih kadar protein. Kemunculan antibody yang berlebihan mengakibatkan hilangnya efek dari botulinum toxin. Jadi untuk menghindari komplikasi dan untuk memastikan perawatan yang aman dan efektif, BOTOX® tulin mesti digunakan.
Apakah yang Bukan dalam BOTOX®

BOTOX® bukannya satu keajaiban. Ia sebenarnya adalah satu ubat yang berhasil. BOTOX® adalah protein semulajadi yang diasingkan daripada sejenis bakteria yang berfaedah kepada manusia, dalam satu proses yang sama dimana penicillin dihasilkan.

BOTOX® tidak akan secara radikalnya mengubahi wajar anda atau membuat anda tampak seperti telah melakukan "facelift" (pembedahan muka). BOTOX® tidak akan membuat anda tampak lebih muda 20 tahun. BOTOX® juga tidak akan membuat ekspresi wajah anda menjadi kaku. BOTOX® hanya akan menghaluskan kerutan dan membawa hasil pada tempat yang anda inginkan. BOTOX® tidak akan menyebar keseluruh tubuh dan tentunya tidak menetap pada tubuh anda selama-lamanya.

Bagaimana Cara Kerja BOTOX®?

Kerutan-kerutan di wajah mudah terbenduk apabila anda mengguna ekspresi-ekspresi wajah secara berulang-ulang. BOTOX® menggendurkan otot-otot kecil yang menyebabkan garis-garis kedutan ini, menghasilkan permukaan kulit yang lebih halus dan tidak berkerut. Pada saat otot digendurkan, anda tidak dapat mengecutkannya dan tidak dapat terus membuat ekspresi wajah yang anda tidak ingini. Akibatnya garis-garis ini akan semakin halus, dan mencegah terbentuknya kerutan baru.

BOTOX® membawa hasil pada daerah tertentu secara spesifik. Otot-otot yang lain seperti yang digunakan untuk menaikkan kening mata tidak akan dipengaruhi dan ekspresi normal masih dapat dilakukan. BOTOX® tidak akan membawa kekakuan kepada ekspresi wajah anda. BOTOX® hanya akan menghaluskan kulit anda dan membawa hasil di tempat yang anda inginkan.

Di bahagian wajah mana yang boleh menggunakan BOTOX®?

BOTOX® dapat digunakan untuk menghilangkan antara lain:
  •     Garis penggerutan dahi di antara kedua-dua alis mata
  •     Garis kerutan horizontal pada kening
  •     "Crows feet" atau garis senyum sekitar ujung mata

BOTOX® juga dapat digunakan untuk menarik bulu mata dan membuka kelopak mata sehingga membuat wajah yang tampak dan lebih muda. Doktor-doktor di kebanyakan tempat pernah menemukan hasil yang bagus dalam memperbaiki keadaan "nasolabial folds" (kulit di antara hidung-dan mulut), "perioral lines" (“bibir perokok”), mengurangkan garis leher, "pelekukan dagu" atau pengedutan.

Apakah BOTOX® adalah perawatan yang umum?

BOTOX® adalah cara perawatan kecantikan paling digunakan pada tahun 2001, berdasarkan atas informasi daripada Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Amerika. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 1.6 juta perawatan BOTOX® telah dicatatkan. Perawatan ini merupakan pilihan yang paling popular dalam perawatan kosmetik.

Apakah BOTOX® dapat digunakan untuk lelaki?

BOTOX® amat berhasil kepada kedua-dua lelaki dan perempuan. Lebih kurang 220,000 rawatan dengan BOTOX® telah dilakukah pada laki-laki di Amerika Syarikat dalam tahun 2001. Ia menjadi rawatan kosmetik yang paling popular untuk lelaki.

Kerana BOTOX® sangat berhasil untuk mengurangkan garis-garis kerutan, BOTOX® sangat dikenali dikalangan para peniaga-peniaga. Ia boleh membuat mereka kelihatan tampak, lebih muda dan lebih ramah.

Adakah BOTOX® mahal?

Apabila menimbang sama ada memulai perawatan, boleh dilihat bahawa rawatan-rawatan BOTOX® cukup terjangkau.

Kerana rawatan-rawatan BOTOX tidak perlu dibuat dengan seringnya, banyak orang yang menerima rawatan berkata bahawa perawatan BOTOX tidak semahal dengan servis-servis lain seperti facial ataupun mencerma rambut di mana mesti dibuat dengan kerap kali.

Apakah kerutan-kerutan saya akan tambah dalam jika saya tidak terus melanjutkan perawatan?

Tidak. Kerut anda akan kembali ke keadaan sebelum perawatan jika perawatan tidak diteruskan. Ini biasanya mengambil masa lebih kurang 6 sampai 12 bulan.

Di mana boleh saya menemui doktor-doktor yang pakar dengan BOTOX®.?

Carilah pakar-pakar yang telah berlatih untuk menggunakannya, seperti doktor pakar kulit atau doktor pembedahan plastic yang berpengalami dalam BOTOX.

Berbincanglah dengan doktor itu mengenai keinginan anda dan dengarlah pandangan atau saranan doktor tersebut.

Berhati-hatilah pada tawar-menawar yang kurang benar mengenai BOTOX®”. Jika harganya lebih murah daripada biasa, kemungkinan besar BOTOX® yang kurang tulen yang akan digunakan.

Kemungkinan juga sukatan yang digunakan sangat rendah atau ubat tersebut telah dilarutkan dengan bahan lain yang merendahkan kesan sebenar BOTOX. Seorang doktor pakar kulit atau doktor pembedahan plastic akan memberi keyakinan kepada anda dengan perawatan BOTOX ini.

Apakah BOTOX® berguna untuk saya?

Untuk mengetahui adakah BOTOX® berguna untuk anda, berbincanglah dengan doktor pakar kulit atau doktor pembedahan plastic yang telah berlatih secara professional dan yang berkebolehan untuk memutuskan perawatan yang paling sesuai untuk menyesuaikan kulit and wajah anda.